Today you inspired me

Monday, 27 April 2015

Manusia...

Assalammualaikum..
Lama pulak aku tak update blog ni haih, bukannya busy sangat pun cuma pemalas tahap dewa.
Banyak idea datang sebelum sebelum ni tapi asyik lupa nak update, sampai dah lupa semua benda (hahahahaha).
So harini macam rajin sikit, aku nak update pasal benda yang selalu aku paling tak boleh nak terima. (Ehem)
 
Hampa mesti pernah kena kan dengan spesis manusia yang suka judge orang dengan masa silam dia ? Alaaa bohonglah tak pernah, even sekali pun mesti pernah rasa jugak.
Okay, orang macam ni aku tak tahu lah apa masalah dia. Sedangkan tak kacau pun life dia tapi yang dia sibuk nak masuk dalam life orang then cari pasal sesuka hati. Semak gila orang macam ni.
Kalau yang ada ciri ciri macam ni, sini aku nak pesan sikit (untuk diri aku jugak) :
 
Semua orang pernah buat silap kan ? Siapa yang tak pernah buat ? Ada ke ? Memang tak ah. Even benda simple pun ada jugak orang buat silap. Mana ada manusia yang kat muka bumi ni perfect perfect. Setiap orang mesti ada kelemahan dia sendiri. Betul tak ?
 
Aku bagi contoh lah kan :
 si A ni dulu nakal gila, berkawan pun dengan orang yang boleh rosakkan fikiran and semua benda lah (faham sendiri ok?) Ponteng sekolah, ponteng kelas, hisap rokok, buat benda benda yang Allah larang, solat pun tunggang terbalik, etc.. Orang yang dekat sekeliling dia pun tahu perangai kesyaitanan si A ni maybe si A ni suka bergaduh ke apa ke.
 
Then, 2 or 3 years macam tu si A ni tetiba berubah. Maksud aku berubah ke arah kebaikan. Macam biasalah, munculah si B,C,D,E,F,G....Z jenis spesis manusia yang tak boleh tengok orang jadi baik mungkin. Mesti ada je benda nak mengata.
Kata macam macam, kata si A ni berlagak baik, kata si A ni dulu liar, jahat, buat benda tak elok.
 
Beb, hang sedaq tak ayat DULU yang hang sebut tu ? Tu DULU masa tu dia jahil lagi. Orang macam ni, dia nak berubah ke arah kebaikan yang hang dok dengki sangat dengan dia kenapa ? Masatu mulalah nak mengungkit semua benda benda yang tak elok dia pernah buat. Agak lah, siapa tak pernah buat salah ? Hang dok kata macam lah hang tu perfect nak mampus sangat sampai tadak buat salah even sekecil habuk. Orang yang tinggi ilmu agama, orang yang tabligh ke semua pernah buat salah. Yang hang pun belum jamin lagi pahala banyak, dok mengata dekat orang macam macam.
Makin lama makin dewasa, diri sendiri boleh nak fikir takkan tu pun taktau apa ?
Aku rasa bagus lagi yang "nakal" berubah ke arah kebaikan, dari yang baik berubah kepada "nakal".
Orang nak berubah jadi baik pun salah, jadi jahat lagi lah salah. Tapi ada ja suara suara sumbang dok mengata macam macam. Kisah silam dia, tak payah lah hang sibuk nak pi canang kat orang.
Aku taktau lah apa yang sakit sangat hati tu bila tengok orang berubah. Hang kalau takmau sakit hati tu, berubah lah sama jadi lebih baik.
 
Kalau hang ada kenal siapa siapa yang dulu teruk then sekarang dah berubah, janganlah ungkit balik dosa silam dia. Orang nak berubah, bagilah semangat. Bukannya downkan orang.
Benda benda yang tak elok dia pernah buat dulu, biarlah dia dan KITA jadikan pengajaran.
Jangan terkejut kalau orang macam ni lagi bagus dari kita bila depa ni dah berubah walaupun dulu pernah buat silap.
 
Jadi, hampa tak payah lah nak hukum seseorang tu dengan masa lalu dia. Dia tak kacau pun life hampa so hampa tak payah nak busybody life orang. Dia cuba nak betulkan diri dia balik, kita pun betulkanlah diri kita jugak. Salah silap dia yang dulu dulu, hang lupakan jela. Hang sengap sudah, tak payah nak pi bercerita dekat orang. 
 
Ingat, kita jaga aib orang, 
Allah jaga aib kita :)

Friday, 5 December 2014

omong kosong

Assalammualaikum semua :)
okey emm eee lamanyaaa tak update blog ni hahaha. Biasalah dulu sibuk "study" lah katakan. Sekarang Alhamdulillah dah habis sekolah. Baru baru ni baru jaa habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). So, sekarang jadi penganggur tadak kerja sambil tunggu result exam keluar bulan 3 next year.
13 tahun sekolah (dari 5 tahun sampai 17 tahun), and sekarang dah tak sekolah. Fuh kalau dulu punyalah kalut nak habis sekolah cepat. Then sekarang bila dah habis sekolah, rasa macam em sekejapnya masa berlalu. Tup tup dah habis sekolah. Aii dah besar aku ni wakakaka. Ramai batch aku ni ada yang dah mula kerja tapi aku ? Em aku duduk rumah goyang kaki, tambah berat badan jaa hoho. Well abah mama tak kasi kerja, diorang suruh masuk apa apa kursus yang boleh tambahkan ilmu aku. Hmm.. Tapi aku tak kisah pun sebab aku suka. Lagipun aku pun tak terasa lagi nak berkerja. So nak manfaatkan cuti ni dengan benda yang berfaedah sikit. Wah wah hebat kau tiqah hihi. Okay even aku tak kerja pun and belum join mana mana kursus lagi, tapi aku rajin baca novel okay ! Setiap hari ! Habis satu novel, baca lagi dan lagi. Bila semua novel dah baca, beli baru lagi haha nak buat macam mana, aku tak boleh duduk diam kalau tak baca novel dalam sehari ni. Dari dulu beli novel tapi simpan dalam almari je sebab taknak ganggu study. Em yelahkan, masa tu semua tengah struggle untuk exam. Now lepas dah habis exam, baru boleh rileks rileks baca semua novel novel ni. Aku lebih selesa baca novel novel aku tu daripada main handphone. Well dulu bolehlah katakan memang tak boleh lepas handphone dari tangan tapi sekarang rasa macam alaaa tadak apa pun yang nak belek belek dekat handphone ni. Bukan aku seorang saja, aku tau kalau orang lain pun nanti macam aku jugak. Makin lama nanti kita sendiri akan rasa bosan dengan handphone ni. Aku ni kalau ada novel tu pun dah cukup memandai buat aku. Chat chat orang hantar even kawan aku pun, aku jarang reply haha kecuali kalau benda tu urgent sangatlah. Aku tadaklah kejam sangat sampai buat taktau terus. Kawan kawan yang rapat dengan aku pun dah tahu dah yang aku ni asyik berkepit dengan novel aku tu je haa. Yelaa dengan siapa lagi ni berkepit kan hihi. Aku kalau tak keluar rumah pun takpa asalkan novel aku ada lagi yang tak terbaca tu. Emm novel dekat dalam almari aku tu nak kata dah penuh emm tadaklah penuh sangat tapi dah penuhlah satu almari tu hahaha. So i need new place for my novels maybe heww. Fuhh aku pantang kalau masuk kedai buku, perghh rambang mata weh em mama pun tak larat nak tunggu aku pilih buku. Kalau boleh nak borong semua haha see tamaknyaaaaa. Entah kenapa aku rasa macam kalau aku baca novel, rasa hilang semua benda benda yang serabutkan kepala otak aku ni. At least adalah jugak benda yang boleh buat aku lupa sekejap semua problem em hihi.
Okay, rasanya sampai sini jelah kot.
Thank you. Semoga hari hari anda sentiasa indah dan dirahmati Allah SWT.
Assalammualaikum :)

Friday, 28 March 2014

Al-FATIHAH MH370

ASSALAMMUALAIKUM pembuka bicara....


"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight ended in the southern Indian Ocean." Deep.. "Its that really true ??" "Are you sure ??" And people keep asking, can't believe what they heard... But.. Its reality.. The Flight MH370 ended in the Southern Indian Ocean. (24/3/2014) Seluruh dunia telah digemparkan dengan berita yang begitu menyayat hati. Begitu menyedihkan..
MH370 telah membawa penumpang dari negara negara berikut : China : 152 orang termasuk seorang bayi Malaysia : 38 orang Indonesia : 12 orang Australia : 7 orang Perancis : 3 orang Amerika Syarikat : 3 orang termasuk seorang bayi New Zealand : 2 orang Ukraine : 2 orang Kanada : 2 orang Rusia : 1 orang Itali : 1 orang Taiwan : 1 orang Netherlands : 1 orang Austria : 1 orang (sumber dari internet) Walaupun tiada ahli keluarga atau kenalan yang terlibat tetapi, Semua orang dapat merasakan kehilangan mereka. Kehilangan yang membuatkan seluruh rakyat berdukacita.. Tak dapat bayangkan bahkan tak dapat gambarkan, Bagaimana keadaan mereka ketika di dalam pesawat.. Bagaimana mereka melalui detik detik cemas itu.. Apa yang mereka fikirkan di kotak fikiran mereka.. Adakah orang yang mereka sayang ? Adakah orang yang sentiasa dihati mereka ? Adakah orang yang begitu penting dalam hidup mereka ?
Wa'allahualam. Selat Lautan Hindi.. Merupakan satu kawasan yang terpencil dan paling menakutkan di planet bumi.. Yang terletak berhampiran di pinggir benua Antartika.. Merupakan sektor yang terkenal dengan angin yang kuat dan ombak yang besar..
Seluas 73.56 juta km persegi..
Dalamnya lautan hindi adalah 3,600 M Walau bagaimanapun,
Kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menghalang.. Allah lebih sayangkan mereka.. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan sedekahkan Al-fatihah. Moga mereka ditempatkan di tempat orang orang yang beriman.. Dan.. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi segala ujian dan dugaan yang diberi.. Allah Maha Adil, Maha Besar dan Maha Berkuasa.. Kita hanya perancang tapi sebaik baik perancang ialah Allah S.W.T.
Al-Fatihah kepada semua penumpang Islam.. Sampai di sini saja.. Assalammualaikum.

Sunday, 23 June 2013

Hai assalamulaikum :) Lama kan tak update blog nih ? Hehe maaf lah. Sekarang dah jarang online haa. Wahh cerita baru ? Hmm ada ke tak eh. Haha ada ada. Banyak sangat tapi tyqah cerita mana yang penting lah yee. Ehemm.. Minggu lepas sekolah tyqah ada buat saringan. Tyqah masuk acara 100m, 4x400m dengan 1500m jaa. Nak tahu tak ? 100m dengan 1500m tyqah dapat number 4 tau takk. Huhh frust tertonggeng tonggeng. Haha tapi takpaa. Nih maybe sebab lama tak ambik acara. tup tup tetiba jaa tahun nih nak masuk banyak acara haha. Mengada kann ? Haishh. takpa takpa tahun depan cuba lagi hehew. 4x400m ? Hmm hmm dapat number 2 haa hehe. Penat tuh penat jugak. Kaki sakit bagai tapi takpaa. Asalkan rasa bahagia hehek. Status tyqah sekarang ? Haha single lagi lah. Malas nak fikir pasal nih. Lagipun boleh hidup tanpa Boyfriend aihh. Kawan, pelajaran lagi penting. Cewahh poyo gilaa haha. Hmm nak cerita apa lagi ehh ? Rasanya tadak apa dah kott. Ehh kejap, lupa pulakk. Cikgu Reka Cipta tyqah kata, lagi 3 minggu kami kena buat projek dah. Projek apa ? Hm kami kena lukis rekaan kami dalam folio then kami kena realitikan benda yang kami reka tuh. Susah kan ? Haha semua benda kan dunia nih susah kalau kita tak belajar. Takpa, lama lama boleh lah buat. Bak kata Cikgu Reka Cipta tyqah hehew. Lagipun, folio kami tuh bukannya macam folio kecik tuh. Folio kami boleh dikatakan besar macam meja kita kan sekolah tuh. Haa besar kann ? Mampus aku haha. Okeyy dah maghrib nih. Sampai sini jelaaa warkah dari saya. Byee assalammualaikum semua :)